Assalamualaikum!

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah swt kerana memberikan kami kenikmatan usia, kesihatan, dan keimanan.

Saya Ustad Mohamed Faizal bin Alaudin, pensyarah bagi Al-busyro secara part-time. Saya juga bertugas di Masjid Kampung Siglap secara penuh masa.

InsyaAllah, dalam kursus ini kita mendalami fardhu ain dengan menggunakan kitab Safinahtul Najjah, sebuah kitab yang dimana kalau kita bahaskan dengan betul dan teliti, akan memberikan kita ilmu yang secukupnya untuk menjadi seorang Muslim yang beramal dengan ilmu tanpa ragu.

Dengan itu, kalau anda minat nak perbaiki amalan anda dan rasa lebih yakin sebagai seorang Muslim tentang hal agamanya, jom kita belajar bersama.

Belajar bab solat

Yang pertama disoalkan di hari kiamat adalah amalan solat kita. Bagaimana kita lakukannya, bagaimana kita belajar untuk memperbaikinya, bagaimana kita cuba usaha berjemaah atau imamkan keluarga kita.

Betulkan Cara Wudhu dan Bersuci


Tahu tak anda, ada satu ketika, Rasulullah saw berlalu sebelah kubur lalu mendengar jeritan orang didalam salah satu kubur dan diterangkan bahawa dia disiksa kerana cara dia bersihkan diri sebelum solat tidak sempurna.

Begitulah pentingnya penjagaan pembersihan diri dalam Islam.

Belajar bab Zakat, Puasa, Haji

Sempurnakan amalan puasa kita supaya diterima sepenuhnya.

Dan, sebaiknya walaupun kita tidak perlu berzakat atau pergi ke haji selalu, sekurangnya kita belajar asas ilmu mengenai dua perkara tersebut jadi bila sampai waktunya untuk berzakat atau berhaji, tidaklah rasa seperti kancil masuk kampung.

This course is closed for enrollment.